2013

SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PENGUNJUNG

Gastrik

Ramai yang menganggap ‘gastrik’ itu hadir disebabkan tidak makan, atau kurang makan, atau terlalu ‘berdiet’ sehinggakan perut menjadi kosong lalu dimasuki angin. Hakikatnya, itu bukanlah satu-satunya punca gastrik itu terjadi. Kadang-kadang orang yang makan 5-6 kali sehari seperti aku juga boleh diserang gastrik, hanya disebabkan oleh beberapa faktor lain. Oleh yang demikian, apa yang menyebabkan gastrik untuk terjadi? Dan yang lebih penting, apa itu gastrik? Berikut merupakan sedikit definisi dan maklumat sakit ini berdasarkan pemahaman aku menerusi konsultasi doktor dan bacaan sampingan.

Gastrik merupakan istilah tidak rasmi yang digunakan masyarakat kita untuk merujuk kepada sakit di bahagian pangkal perut (epigastric), berdekatan dengan “pintu bukaan” atau injap sempadan (Lower Esophageal Sphincteratau LES) yang menghubungkan perut dengan esofagus (salur untuk udara dan makanan). Definisi Gastrik yang sebenarnya mengikut istilah perubatan adalah bermaksud “perut”. Ini bermaksud, istilah sebenar yang merujuk kepada sakit di bahagian pangkal perut adalah mungkin sama ada “gastrik ulcer” yakni “luka dalam perut” (ulcer bermaksud luka), ATAU “gastritis” yakni “inflamasi/kemerah-merahan pada dinding perut”. Ini sekaligus merujuk kepada beberapa variasi penyakit yang berlaku di sekitar kawasan yang sama (pangkal perut) tetapi berbeza mekanisma seperti GERD (Gastroesophageal reflux disease, acid reflux).

Gastrik berpunca dari ketidakseimbangan asid perut yang naik ke atas bahagian perut sehingga menyebabkan berlakunya inflamasi pada lapisan mukosa bahagian berkaitan. Dalam keadaan normal di mana rembesan asid perut adalah seimbang, seseorang tidak menghadapi masalah ini. Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu di mana rembesan asid perut berlebihan (hyperacidity) mengatasi kekuatan lapisan mukosa, akanberlakunya iritasi/keradangan dan mengakibatkan rasa sakit di bahagian tersebut. Jika keradangan melampau atau lapisan mukosa yang tercedera itu terdedah dengan asid perut yang berlebihan untuk tempoh yang lama (sebagai contoh sakit itu datang dan pergi dengan kerap dalam tempoh seminggu), ini boleh menyebabkan berlakunya luka (gastric ulcer).

Iritasi/keradangan dinding perut (gratitis) yang disebabkan oleh lebihan asid perut naik sehingga di bahagian pangkal perut (epigastric)

Info tambahan 1: Sekiranya anda masih ingat dalam entri “Mari berkenalan dengan tubuh badan” dahulu aku ada ceritakan yang dinding perut manusia sentiasa diganti sekali setiap 3 hingga 4 hari untuk menahan kesan menghakis asid perut dan seandainya mekanisma ini terhenti, asid yang ada akan menghadam perut anda sendiri sebagai makanan. Namun, dalam keadaan dinding perut yang tercedera, proses ini (penggantian dinding perut) sukar berlaku. Itulah sebabnya mengapa seseorang itu boleh diserang sakit gastrik sehingga berhari-hari, atau berkali-kali dalam seminggu, lebih-lebih lagi jika tidak berpantang makan atau tidak mengambil antacid atau ubat yang membantu.

Info tambahan 2: Berpuasa mengakibatkan gastrik? Ada pendapat mengatakan apabila tiada makanan (contohnya ketika berpuasa), tahap keasidan dalam perut akan bertambah. Namun hakikatnya apabila kita berpuasa, keseluruhan sistem pencernaan akan berehat, lantas secara automatik rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun, kecuali dalam kes-kes tertentu di mana perut gagal menerima respon dari otak untuk mengurangkan kadar rembesan asid ketika berpuasa. Dalam kes ini, individu tersebut haruslah mengambil ubat (proton-pump inhibitor) yang berfungsi mengurangkan rembesan asid perut. Antara proton-pump inhibitor yang boleh diambil adalah Omeprazole, Lansoprazole, Ranitidine dan beberapa jenis lagi.

Tanda-tanda umum Gastrik

  1. Perut terasa kembung membulat terutama di bahagian atas (bloating) selepas makan, meskipun hanya makan dalam jumlah yang sedikit
  2. Sendawa berterusan
  3. Terasa ‘sakit mencucuk’ pada bahagian atas perut (epigastric)
  4. Nausea selepas makan (rasa mual)
  5. Muntah (sehingga habis semua isi perut yang keluar, sampai satu tahap yang keluar itu hanya angin dan cecair berwarna hijau/kuning)
  6. Hilang selera makan
  7. Jika terlalu kronik, pengidap akan mengalami penurunan berat badan yang tidak diingini

Punca-punca umum Gastrik

Mungkin ramai mendakwa gastrik hanya hadir apabila seseorang itu mengamalkan diet yang terlalu ekstrim atau selalu tidak mengambil makanan. Hakikatnya itu tidak benar sama sekali. Gastrik boleh hadir disebabkan oleh banyak faktor, antaranya:

  1. Makanan pedas – Makanan pedas adalah lambat dan sukar untuk dicerna dan oleh yang demikian perut akan merangsang lebih banyak rembesan asid perut untuk tujuan mencernakannya di dalam perut. Ini menjelaskan mengapa makanan seperti cili dan lada mampu meningkatkan kesan thermal makanan (lebih kalori diperlukan untuk mencernakannya, sekaligus meningkatkan metabolisma).
  2. Makanan masam – Makanan yang terlalu masam juga meningkatkan kesan asid terhadap dinding perut. Ini meningkatkan kebarangkalian untuk terjadinya gastrik.
  3. Makanan berminyak/berlemak (kecuali minyak zaitun) – Makanan berlemak juga agak sukar untuk dihadam, justeru perut akan merangsang lebih banyak asid ke dalam perut untuk tujuan pencernaan.
  4. Merokok – dikatakan mampu mengurangkan kecekapan Lower Esophageal Sphincter (LES; rujuk rajah di atas) yang berfungsi selaku pintu pagar yang membenarkan makanan masuk ke dalam perut dan menutupnya kembali. Apabila LES sering terbuka (kurang cekap), asid perut mudah masuk ke ruang esofagus dan ini amat menyakitkan.
  5. Minuman berkafein (teh, kopi) – juga mampu merangsang rembesan asid perut
  6. Makanan yang “berangin”, meskipun kebanyakkan doktor perubatan tidak percaya ini merupakan punca utama gastrik, namun berdasarkan pengalaman aku kesannya tetap ada walau sedikit untuk membuatkan perut terasa penuh (bloated)
  7. Penggunaan NSAIDS (non-steroidal anti inflammatory drug) yang berterusan dan terlalu kerap (seperti aspirin) akan menyebabkan hakisan dinding perut, ini meningkatkan peluang untuk kawasan tersebut mengalami kesakitan apabila dijamah asid perut.
  8. Stress/ tekanan emosi – apabila berada dalam keadaan stress, kebiasaannya perut akan merembeskan asid dengan banyak. Ini merupakan antara sebab mengapa seseorang terasa hendak “mengunyah” ketika stress.
  9. Jangkitan bakteria H. Pylori – bakteria ini dikatakan mampu membuat dinding perut menjadi luka (gastric ulcer)
  10. Kurang/tidak bersenam

Dalam kes-kes lain, terdapat lagi faktor-faktor lain yang menyebabkan gastrik itu kerap hadir dalam diri seseorang. Faktor-faktor di atas hanyalah merupakan faktor umum. Dalam entri yang akan datang, aku akan selitkan lagi beberapa info berkenaan gastrik, dan rawatan jangka masa pendek dan panjang untuk gastrik.

 

Transformasi Pendidikan

Sebuah sekolah telah berjaya melonjakkan prestasi kecemerlangan dalam bidang akademik sehingga ke peringkat negeri dan kebangsaan. Berikutan dengan kejayaan itu juga telah mengharumkan nama PPD daerah tersebut. Semasa anugerah peringkat kebangsaan PPD telah menerima anugerah atas kejayaan sekolah yang menaikkan nama PPD sehingga sampai ke tahap itu.

Namun disebalik kejayaan itu, apakah pula sumbangan PPD kepada pihak sekolah khususnya guru-guru yang telah bertungkus-lumus, mengerah keringat mendidik murid yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan ragam kehidupan yang sentiasa mencabar kewibawaan guru  semasa melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah.

Bukan guru besar yang menerima pujian itu bagi pihak sekolahnya, bukan juga penyelia pendidikan yang berjaya menguruskan di peringkat PPD yang menerima sanjungan, tetapi jasa dan pengorbanan guru itu yang semestinya dihargai dan layak naik ke pentas untuk menerima anugerah kecemerlangan.

PPD bukan hanya pandai mengurus dan mengarah, tetapi semestinya pandai merancang, melaksana dan mencari idea-idea baharu bagi mengatasi setiap cabaran yang dihadapi. Bukan  meniru usaha dan pelaksanaan PPD lain yang berjaya kerana itu caranya tapi bukan cara kita dan tidak semua pelaksanaan yang PPD itu jalankan boleh dilaksanakan di peringkat PPD kita.

 

Bila catatan menjadi novel...

Dalam diam-diam aku terfikir untuk mencatat sesuatu...mana tau boleh jadi satu novel. Ya la kita pun pernah juga cipta sebuah cerpen dan rasanya hasil cerpen lebih kurang ja ceritanya dengan novel.Tapi apa kisahnyanya ??>** Tak kisahlah yang penting aku buat ni untuk modal sebuah novel dan catatan kerjaya ku untuk tatapan masa hadapan.

Ah rasanya aku buat diari lu ragam rakan di tempat kerja... mana tau ending nya menarik. Ya la sejak akhir-akhir ini ada sahaja ragamnya yang mengada-ngada...kadang-kadang perkara yang dia lakukan itu tidak logik dan tidak boleh diterima oleh akal... sakit hati juga melihat gelagatnya. Apa tidaknya kita yang benyak kerja. Walhal dia hanya duduk menyiapkan kerja sekolah. Tapi apa yang boleh dia buat. Apa juga bidang kemahiran bahkan menggunakan hendphone terkini (touch screen)pun dia tidak pandai...ragam-ragam...sabar ja aku melihat..dan aku masih bersyukur sebab aku tidak sepertinya...macam miang ja menjelang 46 tahun nie..

Dia sudahpun buat rancangan pengajaran sehingga ke minggu hadapan... ya..memang la dia tiada kerja lain..mana mau buat kerja sebab tidak ada kemahiran. So kerja nya buat rekdo pengajaran ja le..tapi dia tidak sedar / tidak tahu kesalahan menyediakan rancangan pengajaran terlalu awal ..sedangkan refleksi pengajaran tercapai atau belum...dia buat ka tidak.. Yang kita ni memang benyak kerja.. mengajar dalam tahun 6 dan kerja-kerja yang berkaitan ICT juga kita buat...kokurikulum...sukan. Kalau tidak hadir sehari ja, bah mula la sms diterima ke mana...esok pula bertanyalah gb, pk-pk.

Aku sering dipanggil oleh gb. Dia minta pandangan dan idea tentang sesuatu perkara dalam pentadbiran dan pengurusan. PK yang lain juga begitu. Bak. Bak.Itulah panggilan yang selalu kudengar. Aku merasa diriku sangat berguna di selolah ini. Banyak juga perkara atau keputusn dalam pengurusan hasil cetusan ideaku. Nah aku bangga sebab aku berpengaruh untuk terlibat dalam pentadbiran.Tapi tu la aku juga pernah menjadi Penolong kanan Pentadbiran di sekolah lama dan pernah juga ditawrkan  untuk naik pangkat DGA34 sebagai pegawai tatatertib di JPN.

Ya Alhamdulillah kerana aku masih berguna untuk diorang bukan untuk dipergunaKAN.

Ragam dan lagak ja lebih tepi kes-kes pelajar tidak dapat diselesaikan...malang dan aku rasa bersyukur la aku tidak  seperti dia.. aku masih waras dan boleh memikirkan trentang masa hadapan.

 

dell studio 1535

Laptop ni banyak berjasa padaku..sejak 2008 aku mula menuntut di IPG sehingga aku berjaya sebagai seorang graduate ...semua kerja-kerja, segal tugasan ku diselesaikannya dengan kemas ... kemana-mana pun aku membawanya...dan banyak sekali membantu ku dalam menyelesaikan kerja-kerja-kerja sekolah..

dan kini aku akan  format ...pastinya segala data yang ada akan hilang...dan ia sama seperti baharu....

 

Cetusan Rasa

Hari demi hari kulalui. Aku merasakan diri ini seperti tidak mampu lagi untuk pergi jauh. Setiap saat kuisikan dengan apa juga aktiviti dan kerja yang banyak. Kadang-kadang ingin juga aku seperti rakan-rakan yang lain. Relax je. Datang ke sekolah buat rancangan pengajaran sehingga berminggu-minggu, kemudai dia pergi mengajar. Ada pula lepas masuk kelas buka buku novel. Tidak kurang juga yang bermain permainan video dalam bajet masing-masing.

...mengajar...menanda buku kerja murid dan pulang...tapi keadaan ini amat berbeza ...aku selalu saja sibuk dengan tugas dan arahan guru besar...