Pengimbuhan

Pengimbuhan ialah satu proses menerbitkan perkataan dengan mencantumkan satu atau lebih imbuhan kepada sesuatu bentuk dasar. Imbuhan tersebut bolehlah diletakkan di depan bentuk dasar, di belakang bentuk dasar, di depan dan di belakang bentuk dasar sekali gus atau disisipkan ke dalam bentuk dasar. Di dalam bahasa Melayu terdapat beberapa jenis imbuhan, iaitu:

  • Awalan. Adalah bentuk morfem yang diimbuhkan pada awal kata dasar, seperti {ber-} dalam berjalan, berkasut, berkeras; {me-} dalam melihat, merawat, mewarna; {ter-} dalam tercatat, tercantik, terkarang dan { pe-} dalam pesakit, perawat, pesara.
  • Akhiran pula merupakan morfem yang diimbuhkan pada akhir kata dasar, seperti {-kan} dalam sapukan, pakukan, lembutkan: {-an} dalam pakaian, mandian, bauan:{-i } dalam warnai, tandai akhiri.
  • Sisipan merupakan imbuhan yang dimasukkan atau disisipkan kedalam sesuatu kata dasar.  Anataranya seperti {-in-} dalam sinambung; {-el-} dalam; dan {-em-} dalam pemeluk.  Imbuhan jenis ini tidak begitu produktif jika dibandingkan dengan imbuhan yang lain.
  • Apitan adalah imbuhan yang mengapit kata dasar, seperti { pe- ...-an} dalam permainan, pelepasan, pewajaran; dan {ke-....-an} dalam keadaan , kesetian , kecantikan.

Pengimbuhan boleh berlaku dalam beberapa lapis.  Pengimbuhan selapis berlaku apabila pada dasarnya bukan hasil terbitan, seperti seorang ( se + orang).  Pengimbuhan dua lapis  berlaku apabila dasarnya sudah mengalami selapis pengimbuhan seperti keseorangan ( seorang+ ke...an). Pengimbuhan tiga lapis berlaku apabila pada dasarnya sudah mengalami dua kali pengimbuhan, seperti berkeseorangan ( ber+keseorangan). Lazimnya tidak ada pengimbuhan yang berlaku lebih daripada tiga lapis.

 

 

Imbuhan asli dan imbuhan pinjaman dalam Bahasa Melayu.

Imbuhan-imbuhan yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian yang besar, iaitu imbuhan –imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan-imbuhan yang dipinjam dari bahasa asing.

Imbuhan-imbuhan  asli bahasa Melayu

Imbuhan –imbuhan yang ada di dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan kepada empat bahagian, iaitu :-

a. Awalan iaitu imbuhan yang diletakkan di awal perkataan di dalam pemakaiannya, contohnya “me-“, “ter-“

b. Akhiran, iaitu imbuha yang diletakkan di akhir perkataan di dalam pemakaiannya contohnya  “ –i”, “-an”

c. sisipan , iaitu imbuhan yang disisipkan ditengah-tengah perkataan.  Ada tiga sisipan di dalam bahasa Melayu iaitu “ –em”, “-el” dan “ –er”

d. Imbuhan serentak, iaitu imbuhan di awal dan diakhir yang dipakai secara serentak dalam proses membentuk perkataan. Contohnya , “ke-an”, “pe-an””me – i” dan sebagainya.

Imbuhan –imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing.

a. Imbuhan-imbuhan yang dipinjam dari bahasa Sanskrit. Contonnya “-wan”, “-wati”, “-eka-“ dan lain-lain lagi

b. Imbuhan yang dipinjam dari bahasa Arab Contonya,” –ah”, (contoh perkataan ustazah), “iah”(contoh perkataan batiniah)

c. Imbuhan yang dipinjam dari bahasa Inggeris. Contoh perkataan “pro”, “pra”, ‘is” dan sebagainya.

 

PRO FORMA

Tajuk

Kandungan

1

Teori Fonetik dan Fonologi

  • Definisi, Perbezaan
  • Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu
  • Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu

 

2

Artikulasi dan Artikulator

  • Alat-alat Artikulasi
  • Artikulasi Vokal

 

3

Artikulasi dan Artikulator

  • Artikulasi Konsonan
  • Artikulasi Diftong

 

4

Huruf-huruf dalam Bahasa Melayu

  • Vokal
  • Konsonan (asal, pinjaman, gandingan, rangkap)
  • Diftong

 

5

 Simbol Fonetik dalam Bahasa Melayu

  • Vokal
  • Konsonan
  • Diftong

 

6

 Fonem Segmental dalam Bahasa Melayu

  • Vokal Hadapan, Tengah, Belakang, Nasalisasi
  • Diftong

 

7

 Fonem Segmental dalam Bahasa Melayu

  • Konsonan Letupan
  • Konsonan Geseran
  • Konsonan Getaran

 

8

Fonem Segmental dalam Bahasa Melayu

  • Konsonan Sengauan
  • Konsonan Separuh Vokal
  • Konsonan Pinjaman

 

9

Fonem dalam Bahasa Melayu

  • Fonem Vokal
  • Konsonan

 

 

 

10

Fonem Suprasegmental dalam Bahasa Melayu

  • Maksud Prosoni dan Kelantangan Suara
  • Tekanan, Nada
  • Jeda, Panjang Pendek

 

11

Latihan Sebutan dan Penyukuan Sebutan

  • Vokal
  • Konsonan
  • Diftong

 

12

Latihan Transkripsi Sebutan dan Penyukuan Sebutan

  • Mentranskripsi perkataan-perkataan yang mengandungi Vokal
  • Mentranskripsi perkataan-perkataan yang mengandungi Konsonan
  • Mentranskripsi perkataan-perkataan yang mengandungi Diftong

 

13

Sebutan Baku Kata Terbitan

  • Imbuhan Awalan
  • Imbuhan Akhiran
  • Imbuhan Apitan

 

14

Sebutan Baku Kata Pinjaman

  • Dari Bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang Lain
  • Dari Bahasa Arab
  • Istilah Agama

 

15

Latihan mentranskripsi satu perenggan sepanjang 150 ke 200 patah perkataan

 

 

JUMLAH