Nota Kuliah

Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program pemulihan ini bermatlamatkan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa.

Pengayaan ialah Satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah.

Untuk konsep seterusnya bacalah nota kecil dan nota soalan membantu murid untuk bahan ulangkaji sebelum menduduki peperiksaan

SELAMAT BELAJAR

 

Analisis Sukatan Pelajaran

Pada tahun 1974 sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara, khususnya pencapaian matlamatnya melalui kurikulum sekolah yang telah dilaksanakan. Hasil kajian dan syor-syor mengenai sistem pendidikan telah diumumkan dalam  Laporan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979.

 Hasil kajian itu mendapati  isi kandungan pelajaran berulang dan tiada kaitan pelajaran dengan bilik darjah.  Sukatan pelajaran ini juga mengandungi butiran yang terlalu banyak dan membebankan guru serta  membosankan murid. Guru dan murid terlalu terdesak untuk menghabiskan sukatan pelajaran terutamanya apabila ada peperiksaan. Pengajaran dan pembelajaran juga terlalu bergantung kepada buku teks. Akibatnya kurang penggunaan bahan dan sumber yang menjadikan pengajaran kurang berkesan dan menarik.

Berdasarkan kajian ini juga Jawatankuasa Kebinet  Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran  dalam Laporan 1979 memperakukan bahawa;

 

Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah tertentu supaya pendidikan di peringat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberi penegasan kepada pendidikan dalam bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira

( perakuan 2A)

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah digubal  adalah untuk menyediakan murid-murid untuk menghadapi cabaran pendidikan abad 21 yang memberi tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis.. Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan  Kemahiran Bahasa berteraskan Bahasa Melayu Baku.

Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid.

            Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan jelas menyenaraikan matlamat dan objektif mata pelajaran Bahasa Melayu. Matlamat yang hendak dicapai dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan murid yang berketrampilan, berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.

 

Pemulihan

Konsep Pemulihan

Mat Nor Husin Dan Jais Sahok (1990 :6)
Pendidikan yang diberikan kepada pelajar yang gagal di peringkat bilik darjah kerana tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya mereka yang tidak bermasalah.

Koh Boh Boon (1982 :2)
? Pemulihan adalah lebih terbatas yang lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran.Ia melibatkan murid-murid lambat,iaitu mereka yang lembab (lambat mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak lain).

Prinsip-Prinsip Pendidikan Pemulihan

? Mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat penilaian awal atas mereka.
? Pendekatan secara individu,misalnya mengadakan kelas khas yang kecil.
? Kurikulum yang diubahsuaikan.
? Dalam mengajar sesuatu item,kita hendaklah menegaskan luasnya dan buken perinciannya.
? Ketepikan isi-isi pelajaran yang tidak berfaedah.
? Mudahkan gerak kerja supaya murid dapat membuatnya dan mendapat kepuasan.
? Kurangkan masa untuk aktiviti yang lain supaya murid yang lemah dapat diberi perhatian.
? Gunakan banyak latih tubi dan tunjuk cara.

Pelaksanaan Program Pemulihan

? Mengenal pasti murid yang memerlukan program pemulihan dengan cara memerhati atau membuat ujian saringan.
? Mencari punca kelemahan murid dalam bidang kemahiran yang berkenaan dengan cara memerhati atau membuat ujian diagnostik.
? Merangcang dan menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai bagi pemulihan untuk murid
? Menentukan aktiviti pengejaran dan pembelajaramn yang sesuai dengan kebolehan dan daya penyerapan murid.
? Jika murid yang menyertai program pemulihan itu berjaya menguasai kemahiran yang dikehendaki,murid itu harus ditempatkan dalam kumpulan yang sesuai.
? Selepas program pemulihan guru harus juga memberi aktiviti sokongan dengan tujuan mengukuhkan kemahiran yang dikuasai serta membina keyakinan murid.

Perbezaan Antara Pendidikan Pemulihan Dengan Pendidikan Imbuhan

? Walaupun pendidikan pemulihan dan pendidikan imbuhan berkait rapat tetapi ia tetap mempunyai perbezaan yang tertentu.
? Menurut kamus lengkap,perkataan imbuhan bermaksud tambahan pada barang-barang yang disukat,ditimbang dan lain-lain, manakala perkataan perulihan pula bermaksud pulih,sembuh atau kembali seperti sedia kala.
? Daripada pengertian yang diberikan di atas, nyatalah bahawa ‘imbuhan ‘membawa maksud keadaan kekurangan atau kerugian yang memerlukan tambahan,manakala ‘pemulihan ‘ pula bermaksud suatu keadaan yang tidak memuaskan yang memerlukan pembaikan.
? Pendidikan imbuhan pada amnya bolehlah dianggap sebagai satu usaha atau tindakan yang diambil untuk menggantikan sesuatu kekurangan. Ia merupakan langkah-langkah yang rapi dan teliti yang diprogramkan untuk mencegah berlakunya sebarang kelemahan di kalangan murid.
? Pencegahan seperti ini dilakukan pada peringkat awal pembelajaran.Biasanya pendidikan imbuhan melibatkan kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang sekiranya dibiarkan akan menyebabkan berlakunya keciciran.


Pendidikan Imbuhan Menitik Beratkan Perkara Berikut.

1. Pendidikan imbuhan haruslah dilaksanakan lebih awal,iaitu pada peringkat awal pembelajaran.
2. Guru hendaklah menentukan aspek-aspek pembelajaran yang diperlukan.Pangajaran disusun dengan rapi dan teliti.
3. Guru hendaklah juga menentukan objektif tingkah laku murid dengan jelas dan khusus.
4. Guru hendaklah boleh mengubahsuai bahan-bahan kurkulum dan kaedah pengajaran dan pembalajaran dalam bentuk yang lebih berkesan.
5. Guru hendaklah mempunyai hubungan yang baik dengan agensi-agensi dan badan-badan lain yang boleh membantu meningkatkan prestasi murid.

Rumusan dan Kesimpulan

® Dalam membentuk strategi pendidikan imbuhan ,satu program menyeluruh yang melibatkan ibu bapa dan komuniti hendaklah dititikberatkan .Program ini juga harus meliputi program untuk kesihatan yang sempurna,makanan dan pemakanan.
® Pendidikan pemulihan pula adalah sebahagian daripada pendidikan imbuhan. Pendidikan pemulihan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu.Dalam pendidikan pemulihan,murid ini biasanya di tempatkan dalam kelas khas di sekolah.
® Aktiviti pemulihan biasanya dijalankan dalam jangka masa yang pendek dan ditumpukan kepada usaha untuk mengatasai kelemahan dalam kemahiran-kemahiran asas. Grafik Perbezaan Antara Pendidikan Pemulihan Dengan Imbuhan. Pendidikan Pemulihan Dalan KBSR Dan KBSM
? Pelajar-pelajar di dalam kelas KBSR adalah berbeza dari segi minat, bakat dan kebolehan.Begitu juga pelajar-pelajar di kelas KBSM.Oleh sebab kebolehan pelajar-pelajar adalah berbeza, maka kadar pembelajaran juga berbeza.
? Dalam suatu tempoh masa yang tertentu,terdapat pelajar yang masih belum menguasai sesuatu kemahiran. Dengan itu,pendidikan pemulihan adalah diperlukan bagi pelajar KBSR dan KBSM,

Peranan Guru Biasa Dalam Perlaksanaan Pemulihan Kelas Biasa.

? Perbincangan berkenaan pendidikan pemulihan dalam bahagian ini adalah ditumpukan pada peranan guru biasa.Guru biasa hanya menerima latihan yang terhad dalam teori dan amali pendidikan pemulihan.
? Oleh itu guru biasa ini hanya dapat mengendalikan kes-kes yang ringan sahaja.Kes-kes yang lebih serius dalam masalah pembalajaran hendaklah dikendalikan oleh guru pemulihan khas yang telah menghadiri kursus pendidikan pemulihan khas.

Langkah-Langkah Khusus Dalam Pengelolan Pemulihan Kelas Biasa

? sesi pemulihan kelas biasa.
? pengenalpastian pelajar .
? penganalisisan masalah.
? Perancangan.
? Pengajaran.
? Penilaian.
? tindakan susulan.

1. Pengenalpastian Pelajar

? Cara-cara yang biasanya digunakan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar lambat ialah seperti pemerhatian,pentafsiran rekod prestasi dan rekod profil,ujian kertas dan pensil,latihan harian,soal jawab dan temu bual dengan guru darjah dan ibu bapa.
? Maklum balas yang diperolehi melalui cara-cara tersebut dapat memberi gambaran tentang pelajar-pelajar yang belum menguasai konsep dan kemahiran yang telah diajar oleh guru.

2. Penganalisisan Masalah

? Cara yang digunakan untuk menganalisis masalah pembelajaran ialah dengan memerhati cara pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran.Misalnya dengan memerhati bagaimana seseorang pelajar menjalankan operasi tambah atau tolak,guru dapat menentukan jenis-jenis masalah matematik yang dihadapi oleh seseorang pelajar.

3. Perancangan

? Perancangan program pemulihan hendaklah berasaskan keperluan-keperluan pelajar iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran hendaklah bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti.
? Prinsip Perancangan Pengajaran Pemulihan
1. Pengajaran pemulihan hendaklah seimbang dengan kebolehan pelajar. 2. Elakkan daripada menyampaikan aktiviti pembelajaran yang terlalu banyak

 

Program Pemulihan Khas

KONSEP

Dalam proses Pendidikan , Pendidikan Pemulihan Khas ialah :
“ Satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid–murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai asas menjadi Fokus Kurikulum Baru Sekolah Rendah” .

MATLAMAT

Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempuh masa yang ditetapkan.

TAKRIFAN

AE Tanseley dan R. Culliford
“ kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa, ”

M. F . Clough
“ kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak. ”

Sharifah Rahman Ali
“ kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi , yang sederhana dan di bawah paras sederhana . Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded).”

” Kanak-kanak Pemulihan Khas adalah kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M pada masa yang sepatutnya.”

Strategi Pelaksanaan
Pencalonan Murid
i) Murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA2M
ii) Pencalonan murid boleh dibuat oleh:
* guru mata pelajaran / guru kelas
* guru besar
* ibu bapa
iii) Murid KIA2M yang telah berjaya dalam Ujian Pelepasan I atau 2 tidak boleh dicalonkan.

Pengumpulan Maklumat
i) Maklumat peribadi dan prestasi murid dapat menolong guru pemulihan khas memahami murid yang dicalonkan dan membuat keputusan samada murid perlu mengikuti program pemulihan khas atau sebaliknya. Guru pemulihan khas juga dapat mengetahui tentang kesihatan dan taraf sisio-ekonomi murid.
ii) Maklumat tersebut boleh didapati dari:
a) Guru besar – berdasarkan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan
b) Guru Kelas – boleh menambah maklumat dengan mengambil tahu kehadiran,
ketepatan masa kesekolah dan perhubungan dengan murid-murid lain.
c) Ibubapa – boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-
perkara yang tidak digemari serta sikapnya terhadap pelajaran.Perbincangan dengan
ibubapa amat digalakkan bagi membolehkan pelaksanaan program pemulihan khas
berjalan lancar.



Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pemulihan

Antara ciri-ciri kanak-kanak pemulihan ialah;

a. Emosi dan Tingkahlaku

i. Perasaan rendah diri.
ii. Perasaan risau.
iii. Perasaan sedih, hiba atau duka.
iv. Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
v. Perasaan takut akan perkara-perkara baru.
vi. Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
vii. Pasif.
viii. Malas

b. Sosial
i. Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
ii. Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
iii. Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
iv. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
v. Menangis - enggan masuk darjah.
vi. Hyper aktif.

c. Kesihatan
i. Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
ii. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
iii. Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
iv. Lemah gerakkan motor-kasar dan halus.
v. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
vi. Kurang menjaga kebersihan diri.

d. Kesediaan Belajar
i. Belum bersedia untuk belajar.
ii. Perbendaharaan kata kurang.
iii. Lemah pemahaman.
iv. Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
v. Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

e. Pengamatan

i. Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
ii. Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
iii. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
iv. Lambat mengkelaskan benda.
v. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
vi. Tidak dapat menyelesaikan masalah.
vii. Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
viii. Tidak kreatif.
ix. Lemah pergerakan dan perbuatan.
x. Lemah daya pemikiran/ingatan.
xi. Tidak boleh mengingat kembali.


Mengenal pasti Murid Pemulihan Khas

1. Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.
2. Rekod-rekod prestasi
3. Rekod kesihatan
4. Kerja-kerja harian murid
5. Laporan Adab Belajar ( LAB )
6. Melalui pemerhatian
7. Punca-punca lain yang diperolehi

TUGAS, TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

1. PENGENALAN

Pendidikan Pemulihan adalah satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi serba sedikit tentang masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya bagi kanak-kanak yang nyata sekali menghadapi masalah pembelajaran serta tecicir dan ketinggalan dalam alam pendidikan jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan lahiriah mereka.


2. PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

Guru Pendidikan Pemulihan Khas memainkan Lima Peranan Penting seperti berikut:

2.1 Peranan Sebagai Penilai ( An Assessment Role )

2.1.1 Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang
memerlukan pemulihan khas.

2.1.2 Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang khusus
yang dihadapi oleh murid-murid.

2.1.3 Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun.

2.2 Preskriptif ( Presciptive Role )

2.2.1 Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak yang
mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.

2.2.2 Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan
memerlukan..

2.3 Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentik)

2.3.1 Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah kemahiran
asas 3M.

2.3.2 Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team teaching ” / “ guru
pendamping ” sekiranya perlu.

2.4 Peranan Khidmat Bantu ( A Supportive Role )

2.4.1 Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahan-
bahan pengajaran dan pembelajaran.

2.42 Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid
yang menghadapi masalah 3M.

2.5 Peranan Perhubungan ( A Liaison Role )

2.5.1 Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat dan
latar belakang murid.

2.5.2 Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantu demi
kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.

3. TUGAS GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

3.1 Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari
Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberi kepada murid-murid Tahun 1
hingga 3.

3.2 Membantu guru-guru asas dalam hal:

3.2.1 Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan sama ada di kelas biasa atau kelas khas.
3.2.2 Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan.
3.2.3 Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan khas.
3.2.4 Mengajar sebagai guru pembimbing untuk membantu guru mata pelajaran asas sekiranya keadaan memerlukan.

3.3 Berjumpa dan berbincang dengan guru , ibubapa, doktor, pegawai
kebajikan dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan keterangan lain mengenai latar belakang murid.

3.4 Melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan untuk mengetahui prestasi murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan. Isi-isi rekod hendaklah mengandungi:

3.4.1 Laporan prestasi murid.
3.4.2 Latar belakang murid.
3.4.3 Laporan kesihatan murid.
3.4.4 Hasil-hasil temubual dan rujukan

3.5 Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan. Fail diri murid
mengandungi:

3.5.1 Borang Pencalonan.
3.5.2 Borang Latar belakang Murid Pemulihan.
3.5.3 Borang Pengumpulan Maklumat.
3.5.4 Ujian Saringan dan Diagnostik
3.5.5 Lembaran Kerja
3.5.6 Hasil Penilaian yang telah dijalankan.
3.5.7 Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.

3.6 Membentuk jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta
menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

3.7 Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di mana
keadaan memerlukan.

3.8 Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajkan murid-murid
pemulihan di sekolah.