PENGGUNAAN ASSDA DAN MCUS MEMBANTU MURID MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA ULASAN NILAI MURNI TAHUN LIMA

Kemahiran menulis merupakan kemahiran kognitif yang kompleks dan menjadi masalah kepada murid-murid kerana kurang memahami cara menulis ayat majmuk. Untuk menghasilkan ulasan nilai murni yang baik, murid-murid perlu menggunakan penanda wacana dan kata bantu yang sesuai. Sehubungan dengan masalah itu telah mendorong kajian ini dilakukan terhadap 25 orang murid Tahun Lima Gemilang yang terdiri daripada 13 orang lelaki dan 12 orang murid perempuan. Kajian ini menumpukan kepada  kemahiran membina ayat ulasan dengan menggunakan penanda wacana dan  kata bantu yang betul dalam ayat ulasan nilai murni. Dengan memperkenalkan teknik  ASSDA + MCUS telah membantu murid menulis  ulasan nilai murni dengan ayat majmuk. Dapatan kajian menunjukkan perubahan dan penggunaan teknik ini telah dapat mengatasi kelemahan murid. Kajian ini juga dapat membantu murid menulis ayat yang lengkap dan menepati petikan yang dibaca. Murid - murid juga dapat memperoleh markah yang lebih baik berbanding sebelumnya. Kajian ini juga mencadangkan kemahiran menulis ulasan nilai murni dengan menggunakan teknik ini akan dilaksanakan secara berterusan pada masa akan datang.

Kata Kunci  :  nilai murni, ayat majmuk, penanda wacana, kata hubung, kata bantu.