Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merupakan kemahiran kognitif yang kompleks dan menjadi masalah kepada murid-murid kerana kurang memahami cara menulis ayat majmuk. Untuk menghasilkan ulasan nilai murni yang baik, murid-murid perlu menggunakan penanda wacana dan kata bantu yang sesuai. Sehubungan dengan masalah itu telah mendorong kajian ini dilakukan terhadap 25 orang murid Tahun Lima Gemilang yang terdiri daripada 13 orang lelaki dan 12 orang murid perempuan. Kajian ini menumpukan kepada  kemahiran membina ayat ulasan dengan menggunakan penanda wacana dan  kata bantu yang betul dalam ayat ulasan nilai murni. Dengan memperkenalkan teknik  ASSDA + MCUS telah membantu murid menulis  ulasan nilai murni dengan ayat majmuk. Dapatan kajian menunjukkan perubahan dan penggunaan teknik ini telah dapat mengatasi kelemahan murid. Kajian ini juga dapat membantu murid menulis ayat yang lengkap dan menepati petikan yang dibaca. Murid - murid juga dapat memperoleh markah yang lebih baik berbanding sebelumnya. Kajian ini juga mencadangkan kemahiran menulis ulasan nilai murni dengan menggunakan teknik ini akan dilaksanakan secara berterusan pada masa akan datang.

 

BMM3110 SINTAKSIS

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Bagi melaksanakan tugasan ini, pelajar diminta:

 Menghasilkan pengurusan grafik  tentang

    1. Maksud atau definisi ayat  dan pembahagian subjek dan predikat , sertakan contoh-contohnya sekali.
    2. Struktur binaan ayat mengikut peringkat dalam sistem tatabahasa , sertakan contoh-contohnya sekali.
    3. Pola ayat dasar dan ayat terbitan serta pembahagiannya.
  1. Menggunakan kemahiran ICT untuk
    1. mengklasifikasikan golongan ayat pasif bahasa Melayu dan menjelaskan binaan setiap golongannya.
    2. membina satu petikan rencana yang panjangnya tidak kurang daripada 300 perkataan dan memperincikan jenis-jenis ayatnya.
    3. menyediakan satu teks ucapan majlis yang terdapat  pelbagai jenis ayat.                                              .
  2. Menggunakan format news letter , jelaskan dan huraikan peraturan Hukum D – M serta kekecualiannya.  Nyatakan contoh-contoh kesilapan tatabahasa berdasarkan Hukum D-M dalam petikan akhbar semasa.
  3. Merujuk  akhbar, atau majalah  bagi mendapatkan cerpen untuk dianalisis  tentang  perbezaan antara binaan frasa kerja dengan binaan frasa nama, kemudian   menghuraikan contoh-contoh frasa kerja dengan ayat-ayat komplemen.
  4. Membuat refleksi tentang tugasan.MUAT TURUN DI SINI